Friday, September 3, 2010

MTV award 2009 dan ILLUMINATI (Bahagian 1)

Taylor Swift

MTV award 2009 Taylor Swift telah memenangi "Best Female Video" award dan naik di atas pentas untuk memberikan ucapan diatas kemenangannya. Secara tiba-tiba Kanye West muncul entah dari mana, mengambil mic dari tangannya dan memberitahu bahawa Beyonce lebih layak memenangi "Best Female Video" award.

Adegan ini telah menimbulkan banyak kontroversi sehingga Kanye West telah menerima gelaran sebagai "Douchebag of the year" dan juga dipanggil "jackass" oleh Presiden Amerika Syarikat. Ini semua memang telah dirancang dari awal dan berlaku secara berperingkat. Semasa Kanye West berbuat demikian muka Beyonce langsung tidak terkejut dengan kata-kata Kanye West.  Kanye west terkenal dengan perangai pentingkan diri sendiri dan tidak peduli kisah orang lain selain dirinya sendiri tetapi pada ketika itu kenapa dia menegakkan hak bukan milik dia tetapi untuk Beyonce?

Adegan ini sebenarnya adalah permulaan untuk pelajar baru seperti Taylor Swift yang dipanggil "The Circle of Chosen Artists". Murid baru akan dipermalukan di depan orang ramai dan mengatakan bahawa dia tidak layak untuk berada di pentas yang sama seperti Beyonce(ratu upacara). Hampir semua ahli kumpulan (Secret Sociaty) melaksanakan proses 'permulaan' untuk menguji perwatakan, kekuatan dan adakah mereka layak untuk mengikuti kumpulan ini. Untuk kes Taylor Swift, dia diuji dalam anugerah ini dimana Kanye West yang terkenal dengan mulut celupar telah merosakkan malam kemenangan Taylor Swift dan memberitahunya dia tidak layak untuk memenangi anugerah sebaliknya Beyonce. Penggunaan Kanye West hanya untuk mengaburi dunia kerana mulutnya yang celupar dan tak hairanlah dia boleh membuat perkara sesuka hati. 
Setelah penghinaan terbuka yang dibuat Kanye West ke atas Taylor Swift, Beyonce memanggil dia kembali ke pentas untuk  meraikan masa kemenangan yang diganggu tadi. Taylor Swift keluar dari belakang pentas (seolah-olah menunggu isyarat dari Beyonce) dalam gaun merah yang sama warna dengan Beyonce seperti telah dirancang. Seseorang telah menyedari bahawa, pada saat mereka sedang memeluk, ungkapan aneh muncul di skrin di belakang mereka berkata "RDFO IL 40 PRO DEL ATO". Tiada sesiapa yang tahu apakan maksud perkataan tersebut. Kenapa tiba-tiba muncul perkataan yang pelik seperti begitu?
Taylor Swift dipanggil ke atas pentas sebagai penghargaan bahawa dia sekarang diterima setaraf dengan Beyonce dan sebahagian daripada "Chosen One". Gaun yang dipakai oleh mereka berdua juga hampir seiras. Taylor Swift telah lulus ujian dimalukan di depan khalayak ramai dan dia kini boleh mendapat keuntungan berada di dalam golongan tersebut.

No comments:

Post a Comment